Thursday, July 31, 2008

Di Tipu Lagi....



"Axxx tengok apa tu?" tanya saya pada seorang pelajar lelaki ting.5 dan seorang kawannya yg sdg mengadap komputer sambil tersengih2. Pelik bin ajaib jugak saya. Setahu saya bukan mudah2 pelajar boleh gunakan komputer di bilik ict ni. "Nak search emmm... ni...", jawabnya. "Mintak izin siapa?""Ustaz xxxx." Saya menganggukkan kepala dan berlalu dengan ber 'husnu zhon', bahawa pelajar berdua ni nak cari maklumat- maklumat tambahan yang berkaitan dengan subjek mereka. Selepas 20 minit kemudian saya kembali lagi dan memberitahu saya berhajat nak guna komputer tu, saya perasan dia cepat- cepat meng 'off line' kan sesuatu.
Saya jadi penasaran. Saya cuba search balik dan 'klik' semula apa yang dia tengok dgn kawannya tadi. Rasa marah saya mula menerpa. Apa tidaknya, sekali lagi saya ditipu oleh pelajar saya... Ingatkan nak search maklumat berkaitan pelajaran... rupanya bukak frenster. Takla salah besar sgt bukak benda tu.. yang salah besarnya menipu cikgu.
Hmmmm..., masuk kali ni tak tau la dah kali ke berapa saya kena tipu ngan pelajar2. Kat asrama tu tak yah cakap la... memang dah berkali-kali. Tipu kata sakit perut, tipu kata masuk dorm waktu study nak amik buku, tapi sebenarnya balik tidur.. Tipu bila saya buat spot check, diaorg menyorok dalam bilik air dan belakang asrama... Tipu kata nak keluar dengan keluarga tapi keluar dengan pak we... Macam- macam. Dan setiap kali selepas kena tipu, saya cuba berwaspada. Tapi kewaspadaan saya tu menjadikan saya tegas dan agak bengkeng dengan budak2. Saya jadi tak murtah. Dan akhirnya saya kembali seperti asal, mudah kesian kalau pelajar- pelajar saya minta sesuatu.
Suami saya pernah komplen, saya ni lembut sangat ngan budak2. Kalau warden sekolah dia dulu, berkali kali ganda lagi garangnya. Ntah la, nak kata saya ni lembut sangat, rasanya dah garang. Hinggakan saya rasa, saya ni mungkin di labelkan tak memahami jiwa anak- anak remaja. Saya pernah dengar perbicangan yang ke udara dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1, seandainya anak-anak kecil ini kita ibaratkan seperti kain putih, anak yang telah mencapai usia remaja pula adalah ibarat kain putih yang telah dicorakkan. Sama ada corak batik ke, corak bunga ke, daun ke, motif kerawang ke.. apa sajalah. Yang pastinya mereka ini adalah anak yg telah terbentuk dengan acuan penjaga masing- masing.
Itulah yang menjadi kesulitan semua guru saya kira. Lebih- lebih lagi guru yang mahu menerapkan nilai- nilai Islam dan akhlak mahmudah dalam diri pelajar tersebut. Pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang menjadikan proses pentarbiyahan kadang- kadang melalui jalan yang berduri dan dipenuhi kerikil tajam. Saya kira pelajar MTT ini tidak seteruk pelajar sekolah harian biasa. Di sini kalau ada kes pelajar berdating dan merokok, sudah di kira sebagai kes berat. Memang, selain kecemerlangan akademik, hadaf utama falsafah pendidikan di sini adalah untuk melahirkan pelajar yang beraklak mulia.
Memang, amanah sebagai pendidik itu memang berat. Nak memanusiakan manusia, nak mereka jadikan Rasulullah sebagai qudwah dalam apa jua perkara bukan perkara mudan. Dan saya selalu fikir, apakah kerana dosa- dosaku pelajar- pelajar ku terhijab dari menerima ilmu yang aku ajarkan? Ya Allah.., janganlah lah hendaknya. Saya pun bukannya baik, tak terhitung dosa- dosa diri ini bak pepasir di pantai...,tetapi sedang berusaha untuk menjadi baik... Janganlah hijabkan mereka kerana dosa- dosa saya...
Teringat doa Rasulullah s.a.w:
"Allahumma anfa'ni bima allamtani, wa allamani ma yanfa'u ni, warzuqni ilma yanfa'u ni." Ya Allah berikan manfa'at akan apa yang telah engkau ajar kepadaku, ajarkan daku apa yang bermanfaat kepadaku dan kurniakanlah ilmu yg bermanfaat kepadaku...
Ya Allah, berilah tawfiq buat kami dalam mendidik anak- anak ini...

Monday, July 21, 2008

Yang Bernama Syafinaz


Tak tahu mengapa hari ini saya tergerak hati untuk menulis tentang seorang pelajar saya yang baik..., comel... dan boleh dikategorikan solehah (moga dia benar- benar seorang muslimah yang solehah).
Cuti 3 hari lepas menebalkan rasa sayang buatnya. Dia salah seorang pelajar saya yang cerdik, tajam ingatan, rajin dan berakhlak baik. Setakat saya kenal dia, dia tak pernah timbulkan masalah yg besar- besar melainkan kenakalan biasa bagi seorang budak remaja sebesar dia. Biasalah..., kadang- kadang bila saya buat checking kat asrama pagi2, dia antara yang lewat ke musolla. Tapi, hampir tak pernah dia buat kesalahan disiplin. Dia si manis 16. Tinggi lampai, bermuka bujur, dan raut wajahnya manis sekali. Dia tetap kelihatan cantik di mata kebanyakan orang walaupun memiliki kulit yang hitam manis.
Syafinaz pelajar yang baik. Dan tak salah saya katakan dia anak yang baik juga untuk ummi dan abinya. Saya begitu tertarik hati padanya... Atau lebih tepatnya, pada kehalusan budi bahasanya, dan kesopanan akhlaknya. Sering juga saya mengusik dia, "apalah yang mak dan Inaz baca masa mengandungkan Inaz dulu sampai jadi macam ni...?" Dan dia hanya tersenyum.
Dia seorang yang jujur dan polos. Jarang sekali berdalih kalau saya jumpa dia melakukan kesilapan. Tak menyorok macam setengah yg lain dan tak pandai nak reka- reka alasan. Dalam alam remaja yang dibuai dengan nyamannya desiran bayu percintaan, saya lihat dia mampu mengekang dirinya dari terlibat dengan cinta remaja atau di istilahkan sebagai 'puppy love'. Saya tahu, ramai yang meminati dirinya dalam diam. Dengan pelajar lelaki, dia bermuamalat seadanya. Tak mengada- mengada dan tak pemalu tak bertempat. Dan, dia pelajar yang rajin juga cerdik. Keputusan PMR nya tahun lepas adalah yang terbaik di sekolah kami.
Syafinaz... Setiap hari berjumpa dengannya membuatkan saya semakin sayang padanya. Dia ibarat sekuntum bunga yang sedang mekar, cantik, wangi dan segar. Banyak kumbang yang nak dekat dan mampir, tapi hingga ke saat artikel ini di tulis, dia masih mampu untuk menolak kehadiran mereka. Saya percaya dengan menyandarkan keyakinan saya pada Allah, bahawa dia akan dewasa sebagai seorang muslimah yang solehah seandainya dia terus terpelihara sebagaimana sekarang.
Sering turun naik kebimbangan ini bila mengenangkan zaman yang semakin fasad, keruntuhan akhlak makin berleluasa, statistik jenayah yang makin meningkat saban tahun. Takutnya nak membesarkan anak pada zaman ini... Segalanya kami serahkan pada Mu ya Allah, mohon dipeliharakan diri kami dari segala kejahatan dan keburukan di dunia dan akhirat. Teringat dekat Zakwan dan Wijdan.... Selamatkan lah zuriatku ya Allah...

17 Rejab 1429

Wednesday, July 16, 2008

Benih Yang Tumbuh.....(Dedikasi buat pelajar- pelajar MTT)

Mereka...,
Sering membuatkan resahku bertandang,
Tiap saat siang dan malam,
Hati tak pernah sunyi bertanya- tanya,
Selamatkah dirimu di kala ini...
Apakah khabarmu di waktu malam melabuhkan tirai,
Kau masih belum muncul di mata.

Mereka...,
Tak kurang membuatkan hatiku sering gerimis...
Basah dan lembab setiap saat,
Mengalirkan air yang hangat jernih,
Dari sepasang uyun ini....
Saat rasa tak diendahkan
Saat setiap nasihat dan ingatan...
Di pandang sepi bagai kau tak pernah punya hati...

Bahkan juga,
Hariku tak pernah lekang dari senyuman,
Derai tawa yang menceriakan,
Membuahkan bahagia sehingga ke malam,
Sangat- sangat rasa dihargai, dicintai,
Diperlukan, digurukan....

Pelajar- pelajarku...
Kami gurumu yang telah dipilih...,
Memikul beban amanah walau terasa berat,
Menerangkan lorong- lorong kelam di depan,
Jadi penunjuk pada jalanmu yang berliku...

Di sini tiada habuan material yang menggunung,
Kami sedar dan kami amat- amat syukur...
Kerana itu bukan matlamat,
Sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup
Bukan banyaknya habuan yang jadi ukuran
Tapi keberkatan pada rezqi itu lebih utama

Kami selalu berpesan pada kalian..
Berpeganglah pada tali Allah..
Kalian tak kan sesat dan terasing
Walau di bumi mana pun kalian berpijak...
Kukuhkan aqidahmu dengan ma'rifatullah...
Kerana awwalu addin itu ma'rifatullah...
Di situ akan mulanya cintamu...
Bukan pada cinta yang fana'

Pelajar- palajarku....
Kalian muslimah pilihan...
Dirimu hijabkan selalu...
Dari pandangan nafsu manusia
Yang cantik tetap akan cantik...
Walau tak pernah ada yang tahu dan memandang

Jalanmu masih lagi panjang....
Aku bimbang...
andai nanti ditakdirkan aku atau engkau pergi jauh...
Engkau akan tersasar jatuh tersungkur...

Ini amanatku...mohon digenggam... Semat kukuh2 di hatimu....

- Tulisan ini di saat hati sedang gundah....
Allahumma ihdinassirathol mustaqim, sirothol anbiya'i wal mursalin....

12 Rejab 1429

Thursday, July 10, 2008

10 bulan

Adik kasih sudah berusia 10 bulan pada 6 haribulan lepas. Kasih juga dah bertambah usia nya. (Kebetulan kedua-dua nya lahir pada 6 haribulan. )
Adik kasih makin keletah sekarang ni. Sungguh... kalau kedua-duanya tiada, alangkah sunyinya.....

Alhamdulillah, nikmat Nya kepada ku.

6 Rejab 1429