Tuesday, January 29, 2019

Beranak Kecil

5 tahun berlalu semenjak kelahiran afnan. Kehadiran si kecil,orang baru dalam keluarga kami ternyata mengujakan.Ia bukan sekadar menambah bilangan ahli keluarga,bahkan hadir turut sama membawa warna- warna ceria dan bahagia.
Namun,ada sesuatu yang amat ketara berbeza. Beranak kecil ketika awal usia 30 an nyata berbeza dengan usia sekarang. Dulu bangun dan berjaga malam menyusukan anak sambil duduk bersila di katil bukan satu masalah. Masih berdaya bangkit di awal pagi dengan bertenaga,berupaya mengejutkan semua orang dalam rumah tu dengan suara dan wajah ceria.Bahkan rasa seronok mendengar tangisan kecil menghiasi pagi yang gelap.
 Waktu itu berlalu cukup pantas. Bersama Itqan,saya merasa sangat lesu. Bila bangun malam menyusukannya,habis sakit- sakit seluruh badan.Paling ketara di bahagian belakang. Sejak terkena muscle spasm yang teruk 2 tahun lepas,seakan2 masih berbekas kesakitan di tempat yang sama. 
Awal2 dulu,kadang- kadang bila mahu berkongsi mendodoi Itqan,room mate saya rupanya tertidur di ruang depan dengan laptop yang terbuka.Rasa belas juga melihat dia begitu dengan beban kerja yang semakin berat. Tapi hati kecil terusik juga,nak juga berkongsi menjaga anak anak malam2 bersama2 macam waktu dulu-dulu.
 Lalu lidah yang tidak bertulang meluahkan apa yang ada di hati.Allah yang Maha memiliki hati,mengurniakan hati yang lembut padanya buat seorang isteri.Si dia cepat mengerti. Lalu dalam kekalutannya menyelesaikan kerjanya di rumah,dia mengambil alih Itqan ketika saya tidak mampu.
 Teringat kata pepatah Arab yang sering disebut-sebut ketika belajar dulu "Al waajibat aktharu minal awqaat " Kewajipan lebih banyak dari waktu yang ada. Sangat-sangat terasa sekarang kebenaran tersebut.Tak terbayang macam manalah nanti nak mengurus anak2 dan rumah tangga bila dah mula bekerja.Terasa- rasa macam nak menyambung cuti. Tapi,kenalah ukur baju di badan sendiri sebelum buat apa-apa keputusan.

 Hasbunallah wa nikmal wakil,wa nikmal mawla wa nikman nasir

 # tak boleh nak upload lagi gambar Jihad Itqan. Ummi ni la tak mesra teknologi sungguh la... Tak reti2 nak upload gambar dari phone

Monday, January 07, 2019

Nikmat

Keinginan untuk menulis mmg selalu ada. Tak pernah hilang pun. Biar bertahun berlalu,pada saya menulis blog masih tetap relevan.

Zakwan,putera sulong kami,tahun ini sudah meningkat remaja. Dialah sumber inspirasi untuk saya terus menulis. Rajin sekali dia 'menyelongkar' blog umminya,membaca kisah2 semalam yg menjadi catatan. Katanya,suka sekali dia menatap coretan ummi,apa2 cerita pun akan dibacanya sungguh2.

Kehidupan sering bergulir antara suka duka. Kata pepatah,'yang patah kan tumbuh,yang hilang berganti'. Tetapi pemergian orang2 tersayang yg dekat dengan diri,memang selamanya tidak akan berganti. Pemergian Ayah,ayah dan mak mertua antara  yg memberi kesan mendalam dlm kehidupan.

Pemergian ayah meninggalkan satu ruang kosong yg takkan terisi sehingga bila2.Memang,kata orang putih,'life goes on,' namun,kerinduan yg bertanda di hati selamanya bersimpul mati.

Dalam banyak keadaan,anak2 dan suamilah yg paling banyak meninggalkan kesan dalam hari2 terakhir ini. Mengisi hari2 suka dan duka.

"Maka nikmat Rabb mu manakah yg kamu dustakan"