Thursday, July 31, 2008

Di Tipu Lagi....



"Axxx tengok apa tu?" tanya saya pada seorang pelajar lelaki ting.5 dan seorang kawannya yg sdg mengadap komputer sambil tersengih2. Pelik bin ajaib jugak saya. Setahu saya bukan mudah2 pelajar boleh gunakan komputer di bilik ict ni. "Nak search emmm... ni...", jawabnya. "Mintak izin siapa?""Ustaz xxxx." Saya menganggukkan kepala dan berlalu dengan ber 'husnu zhon', bahawa pelajar berdua ni nak cari maklumat- maklumat tambahan yang berkaitan dengan subjek mereka. Selepas 20 minit kemudian saya kembali lagi dan memberitahu saya berhajat nak guna komputer tu, saya perasan dia cepat- cepat meng 'off line' kan sesuatu.
Saya jadi penasaran. Saya cuba search balik dan 'klik' semula apa yang dia tengok dgn kawannya tadi. Rasa marah saya mula menerpa. Apa tidaknya, sekali lagi saya ditipu oleh pelajar saya... Ingatkan nak search maklumat berkaitan pelajaran... rupanya bukak frenster. Takla salah besar sgt bukak benda tu.. yang salah besarnya menipu cikgu.
Hmmmm..., masuk kali ni tak tau la dah kali ke berapa saya kena tipu ngan pelajar2. Kat asrama tu tak yah cakap la... memang dah berkali-kali. Tipu kata sakit perut, tipu kata masuk dorm waktu study nak amik buku, tapi sebenarnya balik tidur.. Tipu bila saya buat spot check, diaorg menyorok dalam bilik air dan belakang asrama... Tipu kata nak keluar dengan keluarga tapi keluar dengan pak we... Macam- macam. Dan setiap kali selepas kena tipu, saya cuba berwaspada. Tapi kewaspadaan saya tu menjadikan saya tegas dan agak bengkeng dengan budak2. Saya jadi tak murtah. Dan akhirnya saya kembali seperti asal, mudah kesian kalau pelajar- pelajar saya minta sesuatu.
Suami saya pernah komplen, saya ni lembut sangat ngan budak2. Kalau warden sekolah dia dulu, berkali kali ganda lagi garangnya. Ntah la, nak kata saya ni lembut sangat, rasanya dah garang. Hinggakan saya rasa, saya ni mungkin di labelkan tak memahami jiwa anak- anak remaja. Saya pernah dengar perbicangan yang ke udara dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1, seandainya anak-anak kecil ini kita ibaratkan seperti kain putih, anak yang telah mencapai usia remaja pula adalah ibarat kain putih yang telah dicorakkan. Sama ada corak batik ke, corak bunga ke, daun ke, motif kerawang ke.. apa sajalah. Yang pastinya mereka ini adalah anak yg telah terbentuk dengan acuan penjaga masing- masing.
Itulah yang menjadi kesulitan semua guru saya kira. Lebih- lebih lagi guru yang mahu menerapkan nilai- nilai Islam dan akhlak mahmudah dalam diri pelajar tersebut. Pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang menjadikan proses pentarbiyahan kadang- kadang melalui jalan yang berduri dan dipenuhi kerikil tajam. Saya kira pelajar MTT ini tidak seteruk pelajar sekolah harian biasa. Di sini kalau ada kes pelajar berdating dan merokok, sudah di kira sebagai kes berat. Memang, selain kecemerlangan akademik, hadaf utama falsafah pendidikan di sini adalah untuk melahirkan pelajar yang beraklak mulia.
Memang, amanah sebagai pendidik itu memang berat. Nak memanusiakan manusia, nak mereka jadikan Rasulullah sebagai qudwah dalam apa jua perkara bukan perkara mudan. Dan saya selalu fikir, apakah kerana dosa- dosaku pelajar- pelajar ku terhijab dari menerima ilmu yang aku ajarkan? Ya Allah.., janganlah lah hendaknya. Saya pun bukannya baik, tak terhitung dosa- dosa diri ini bak pepasir di pantai...,tetapi sedang berusaha untuk menjadi baik... Janganlah hijabkan mereka kerana dosa- dosa saya...
Teringat doa Rasulullah s.a.w:
"Allahumma anfa'ni bima allamtani, wa allamani ma yanfa'u ni, warzuqni ilma yanfa'u ni." Ya Allah berikan manfa'at akan apa yang telah engkau ajar kepadaku, ajarkan daku apa yang bermanfaat kepadaku dan kurniakanlah ilmu yg bermanfaat kepadaku...
Ya Allah, berilah tawfiq buat kami dalam mendidik anak- anak ini...

Monday, July 21, 2008

Yang Bernama Syafinaz


Tak tahu mengapa hari ini saya tergerak hati untuk menulis tentang seorang pelajar saya yang baik..., comel... dan boleh dikategorikan solehah (moga dia benar- benar seorang muslimah yang solehah).
Cuti 3 hari lepas menebalkan rasa sayang buatnya. Dia salah seorang pelajar saya yang cerdik, tajam ingatan, rajin dan berakhlak baik. Setakat saya kenal dia, dia tak pernah timbulkan masalah yg besar- besar melainkan kenakalan biasa bagi seorang budak remaja sebesar dia. Biasalah..., kadang- kadang bila saya buat checking kat asrama pagi2, dia antara yang lewat ke musolla. Tapi, hampir tak pernah dia buat kesalahan disiplin. Dia si manis 16. Tinggi lampai, bermuka bujur, dan raut wajahnya manis sekali. Dia tetap kelihatan cantik di mata kebanyakan orang walaupun memiliki kulit yang hitam manis.
Syafinaz pelajar yang baik. Dan tak salah saya katakan dia anak yang baik juga untuk ummi dan abinya. Saya begitu tertarik hati padanya... Atau lebih tepatnya, pada kehalusan budi bahasanya, dan kesopanan akhlaknya. Sering juga saya mengusik dia, "apalah yang mak dan Inaz baca masa mengandungkan Inaz dulu sampai jadi macam ni...?" Dan dia hanya tersenyum.
Dia seorang yang jujur dan polos. Jarang sekali berdalih kalau saya jumpa dia melakukan kesilapan. Tak menyorok macam setengah yg lain dan tak pandai nak reka- reka alasan. Dalam alam remaja yang dibuai dengan nyamannya desiran bayu percintaan, saya lihat dia mampu mengekang dirinya dari terlibat dengan cinta remaja atau di istilahkan sebagai 'puppy love'. Saya tahu, ramai yang meminati dirinya dalam diam. Dengan pelajar lelaki, dia bermuamalat seadanya. Tak mengada- mengada dan tak pemalu tak bertempat. Dan, dia pelajar yang rajin juga cerdik. Keputusan PMR nya tahun lepas adalah yang terbaik di sekolah kami.
Syafinaz... Setiap hari berjumpa dengannya membuatkan saya semakin sayang padanya. Dia ibarat sekuntum bunga yang sedang mekar, cantik, wangi dan segar. Banyak kumbang yang nak dekat dan mampir, tapi hingga ke saat artikel ini di tulis, dia masih mampu untuk menolak kehadiran mereka. Saya percaya dengan menyandarkan keyakinan saya pada Allah, bahawa dia akan dewasa sebagai seorang muslimah yang solehah seandainya dia terus terpelihara sebagaimana sekarang.
Sering turun naik kebimbangan ini bila mengenangkan zaman yang semakin fasad, keruntuhan akhlak makin berleluasa, statistik jenayah yang makin meningkat saban tahun. Takutnya nak membesarkan anak pada zaman ini... Segalanya kami serahkan pada Mu ya Allah, mohon dipeliharakan diri kami dari segala kejahatan dan keburukan di dunia dan akhirat. Teringat dekat Zakwan dan Wijdan.... Selamatkan lah zuriatku ya Allah...

17 Rejab 1429

Wednesday, July 16, 2008

Benih Yang Tumbuh.....(Dedikasi buat pelajar- pelajar MTT)

Mereka...,
Sering membuatkan resahku bertandang,
Tiap saat siang dan malam,
Hati tak pernah sunyi bertanya- tanya,
Selamatkah dirimu di kala ini...
Apakah khabarmu di waktu malam melabuhkan tirai,
Kau masih belum muncul di mata.

Mereka...,
Tak kurang membuatkan hatiku sering gerimis...
Basah dan lembab setiap saat,
Mengalirkan air yang hangat jernih,
Dari sepasang uyun ini....
Saat rasa tak diendahkan
Saat setiap nasihat dan ingatan...
Di pandang sepi bagai kau tak pernah punya hati...

Bahkan juga,
Hariku tak pernah lekang dari senyuman,
Derai tawa yang menceriakan,
Membuahkan bahagia sehingga ke malam,
Sangat- sangat rasa dihargai, dicintai,
Diperlukan, digurukan....

Pelajar- pelajarku...
Kami gurumu yang telah dipilih...,
Memikul beban amanah walau terasa berat,
Menerangkan lorong- lorong kelam di depan,
Jadi penunjuk pada jalanmu yang berliku...

Di sini tiada habuan material yang menggunung,
Kami sedar dan kami amat- amat syukur...
Kerana itu bukan matlamat,
Sekadar untuk meneruskan kelangsungan hidup
Bukan banyaknya habuan yang jadi ukuran
Tapi keberkatan pada rezqi itu lebih utama

Kami selalu berpesan pada kalian..
Berpeganglah pada tali Allah..
Kalian tak kan sesat dan terasing
Walau di bumi mana pun kalian berpijak...
Kukuhkan aqidahmu dengan ma'rifatullah...
Kerana awwalu addin itu ma'rifatullah...
Di situ akan mulanya cintamu...
Bukan pada cinta yang fana'

Pelajar- palajarku....
Kalian muslimah pilihan...
Dirimu hijabkan selalu...
Dari pandangan nafsu manusia
Yang cantik tetap akan cantik...
Walau tak pernah ada yang tahu dan memandang

Jalanmu masih lagi panjang....
Aku bimbang...
andai nanti ditakdirkan aku atau engkau pergi jauh...
Engkau akan tersasar jatuh tersungkur...

Ini amanatku...mohon digenggam... Semat kukuh2 di hatimu....

- Tulisan ini di saat hati sedang gundah....
Allahumma ihdinassirathol mustaqim, sirothol anbiya'i wal mursalin....

12 Rejab 1429

Thursday, July 10, 2008

10 bulan

Adik kasih sudah berusia 10 bulan pada 6 haribulan lepas. Kasih juga dah bertambah usia nya. (Kebetulan kedua-dua nya lahir pada 6 haribulan. )
Adik kasih makin keletah sekarang ni. Sungguh... kalau kedua-duanya tiada, alangkah sunyinya.....

Alhamdulillah, nikmat Nya kepada ku.

6 Rejab 1429

Tuesday, May 27, 2008

Adik Kasih Dah Tumbuh Gigi.....

Dua hari lepas adik kasih demam. kesian dia... Matanya yang memang dah sedia kuyu jadi bertambah- tambah layu. simpati saya menengokkan keadaannya yang macam tu. Badannya panas ngandang. Malam2, saya dan hubby jaram kepala dia dengan air. Sebelanga kecil air selalu ada di sisi. dia tak tidur mana. Asyik merengek dan dia tak mahu menyusu dada. Semalam, sewaktu saya letakkan dia di riba, saya meraba- raba gusinya dengan jari tengah. terasa macam bergaram di gusi bahagian bawah. Terus hati saya berbunga riang. "Abang, cuba rasa gusi anak, dia dah tumbuh gigi." Spontan saya memanggil hubby.
Memang rasa cukup bahagia melihat satu demi satu perkembangan dan tumbesaran anak- anak kami. Anak itu mencampakkan seribu satu rasa dalam hati ibu bapanya yang akhirnya tetap menatijahkan bahagia dan damai. Anak- anaklah pelaburan dunia yang menampakkan keuntungannya di kemudian hari andainya anak2 itu dhurriyyatan sholehah.
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyyatina qurratu a'yun wa ja'alna lil muttaqina imama...."

21 Jamadial Awal 1429

Wednesday, May 21, 2008


Dah hampir ke penghujung peperiksaan pertengahan tahun kali ni.... kejapnya masa berlalu...esok hari terakhir. dan esok kertas 2 bagi subjek yang yang saya ajar 'Pendidikan Syariah Islamiah'. harapnya pelajar2 saya akan buat revision elok2 malam ni.
Tadi saya ditugaskan untuk mengawasi pelajar2 tingkatan 3 menduduki peperiksaan kertas Matematik Moden 1. Berpinar juga mata saya melihat rajah2 yang pelbagai dalam helaian kertas itu. dan dengan istilah yang bermacam2 yang dah lama saya tinggalkan, dan sengaja saya tak jengah. Dah lama saya pencen dari belajar subjek matematik ni secara khusus. Sejak dari tahun 1997 lagi. saya ingat saya boleh lari sejauh2nya dari subjek yg selalu buat saya nak muntah, senak perut, berpeluh dan pening kepala ini... tapi, saya silap. jangkaan saya tersasar.seingat saya, saya cukup tak minat subjek math ni. kepala saya pening nak menghafal formula2 yang melibatkan nombor2 dan saya macam fobia pada angka2 yang banyak.
Pernah juga sesekali ponteng kelas Math yang pada masa tu diajar oleh Cikgu Mohd bin Mina. Sekarang Cikgu Mohd Mina pun dah tua, anak dia plak yang jadi pelajar saya.
Masa masuk universiti, saya ingat saya takkan jumpa lagi subjek2 melibatkan pengiraan ni...eh, eh...ada lagi rupanya. Waktu tu saya dan rakan pelajar melayu yang lain register madah 'Mirath wa Wasiyyat'. Dek kerana ikutkan sangat kawan- kawan yang nak register subjek tu saya ikut sekali.
Arghh...! Hampir setiap kelas saya longlai kerana berhadapan dengan pengiraan. Kira macammana nak tentukan bahagian2 mereka yang berhak terhadap harta pusaka dan peninggalan si mati. Hmmm... saya pun ingat2 lupa. secara asasnya, bahagian utk anak lelaki 1/2 dan anak perempuan 1/4. Heee... tak payah la tulis pasal ni. malu...! pasal tak pandai dan tak buat muruja'ah.
Yang pasti sekarang... zaman yang berubah turut merubah sistem2 pendidikan yang ada di negara kita. kalau dulu, saya belajar Math dalam Bahasa Melayu. itupun dah pening2 lalat, sekarang, 2 kali pening. Kesian pelajar2 saya... kesian adik2 saya... dan kesian anak2 saya. Saya berharap sangat2, dasar ini akan berubah sikit masa lagi. tak tahu apa pertimbangan orang- orang bijak pandai negara ni, nak sangat mengangkat martabat bahasa inggeris dan meluaskan penggunaannya, sehingga lupa nak memartabatkan bahasa ibunda. sampai anak2 bangsa semakin terpinggir di bumi sendiri. saya tak nampak di mana untungnya untuk anak2 melayu kita,bila subjek Math dan Sains diajar dalam bahasa 'orang bertamadun' ini.
apa2 pun, saya selalu doakan yang baik2 utk pelajar2 saya. moga mereka selalu berjaya. biarpun imtihan yang baru mereka lalui ini hanya penilaian di sisi manusia.., tapi, mereka tetap kena bersungguh, berusaha sehabis daya untuk memastikan kecemerlangan milik mereka. kerana merekalah yang akan terus memartabatkan ad din ini di muka ini... "Al- Islam ya'lu wa la yu'la alaih"

Thursday, April 24, 2008

Pertama Kali



Ini kali pertama saya menulis di blog suami saya. Sudah lama menyimpan harapan ingin menulis, namun seringkali saya terhenti apabila menekan huruf pertama. Sering saja ada halangan, ada rintangan yang muncul secara tiba-tiba. Moga kali ini menjadi langkahan pertama, dapat merungkaikan bakat terpendam ( ada ke? he he ... ) yang ada dalam diri saya.

17 Rabiul Akhir 1429

Friday, April 18, 2008

Adik kasih ..... merangkak....

Adik kasih kini usianya dah masuk 7 bulan. 2 hari lepas dia dah mula merangkak... Suka tengok aksi lucunya...
Kasih pula dah hampir 3 tahun usianya. Mulutnya dah semakin "ringan", menuturkan kata-kata yang pelbagai. Menghiburkan sekali buah hati kami ini....

11 Rabiul Akhir 1429

Saturday, September 15, 2007

Adik kasih....

Tanggal 6 September 2007, 27 Syaaban 1428 adik kasih lahir ke dunia. Putra yang comel, sihat walafiat. Kunamakan ia wijdan....

Monday, May 07, 2007

What I am into right now....

Benda alah ni...
http://prepaid4u.net/?id=wizana

Nak tau lebih lanjut, sila klik....

Klik yang ini juga ye...
Perniagaan Produk Halal « Santai…..
HPA Group Rusila ~ Ahli Dapat Secara Auto ~ Your Internet Cash Generator

Thursday, December 07, 2006

Selamat Ulang Tahun Kasih...

Semalam si kecil itu genap usianya setahun. Sebagai merayakannya kubawa ia naik kereta tolak di depan rumah bersama umminya. He he.. Itu aje yang mampu kuberi setakat ni. Nak bagi hadiah, dia belum mengenal apa ertinya. Nak bagi kentaki pun dia tak reti makan lagi. Sempat le juga ambil gambar 10-11 keping.
Sungguh terasa masa berlalu. Dari kakinya hanya sebesar dua jari aku, kini dia sudah mampu bangun berdiri. Dari heret dada bagaikan askar, merangkak dan kini sudah mampu berdiri. Memanggil-manggil kala aku atau umminya tak nampak di mata. Marah jika keinginannya dihalang. Suka bercerita yang tak tentu isinya, bila lama aku atau umminya tak berjumpa dengannya. Lucu sungguh mengenangkan keletahnya ini..

Kasih... abi cuba jadi ayah yang baik untuk kasih dan suami yang baik untuk ummi kasih.

Perjalanan ini masih jauh, aku harap aku akan lebih bersabar dan petunjukNya sentiasa menjadi pedoman ku.

16 Zulkaedah 1427

Wednesday, September 27, 2006

Selamat Berpuasa......

Sentiasalah setting niat
Upgrade iman
Download sabar
Upload usaha
Delete dosa
Update doa dan
top up ilmu
Supaya dapatlah redeem pahala banyak2......


4 Ramadhan 1427

Thursday, September 07, 2006

9 bulan

Si kecil tu dah berumur 9 bulan. Mulutnya makin keletah. Makannye pun makin banyak.. Bulan2 dah kena tambah bajet la untuk si kecil ni...

Lagi 2 minggu nak pose. Tahun ni berpuasa bertiga, walaupun si kecil tu tak berpuasa. Hai... dah ada jam loceng sekarang ni. Selalu aje si kecil itu bangunkan umi dan abinya ni dinihari, pukul 4,5 pagi. Nak ajak main. Nampak gayanya, tahun ni sahur tak miss la... Harapnya begitu....



14 syaaban 1427

Tuesday, July 18, 2006

19 Julai

19 Julai dah rupanya besok. Letih la... nak rehat la.. Mujur la khamis ni off.

Keje keje keje... penat...

WORK

sometimes it work according to plan
sometimes it work against the plan
sometimes it work without the plan
sometimes it work without plan at all

WORK

how could it works


Letih......

22 Jamadil akhir 1427

Thursday, July 13, 2006

7 month and counting

Si kecil itu dah berusia 7 bulan. Dah pandai merangkak, walaupun sikit-sikit. Sekarang dia di KL bersama umminya, tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Kadang-kadang terasa gak sunyi tanpa 2 baby ni.. He he.

Lagi seminggu baru boleh jumpa dengan my babies. Lambatnya....

Tahniah buat teman-teman yang dirikan masjid baru-baru ni. Maaf sebab aku x leh bagi hadiah. Nak datang pun tak boleh...


17 Jamadil Akhir 1427

Wednesday, April 05, 2006

4 bulan

Hari ini si kecil itu dah berusia 4 bulan. ( Bila nak letak gambar? Upload le... nak tengok ni.. kata seorang teman.) Nanti, tengah usahakan ni. Almaklum le, aku bab-bab komputer ni koman sikit. He he he.


6 Rabiul 'Awal 1427

Sunday, April 02, 2006

Kembali......

Lama tak menulis.... sedar tak sedar si kecil tu dah hampir 4 bulan usianya. Dah semakin banyak yang dia reti sekarang ni. Dah boleh meniarap pun dia... Gembiranya melihat keletah nya, dengan tawanya dengan senyumnya. Cuma bila dia buat perangai tu yang aku tak tahan tu... He he he.. Aku perlu lebih bersabar melayan kerenah nya.

April sudah tiba... bermakna lagi sebulan kontrak keje aku abis.. Boleh sambung ke? Entah la.. bukan hak aku , nak minta boleh, nak tau disambung ke tak... tak tau. Baik tok sah pikir.

Apa nak cerita.... Layan lagu korea sedap gak ni... Tengah-tengah tak tau nak buat apa ni... Seorang kawan hantar ari tu... ( MANA DIA DAPAT YE? )


3 Rabiul ' Awal 1427

Saturday, January 07, 2006

Tahun baru

Dah seminggu 2006 menjelma. Aku masih lagi mengenang tahun 2005. Banyak kegembiraan kualami tahun tu.
Antaranya,11 Zulhijjah 1425 @ 22 Januari, isteriku muncul dalam hidupku. 4 Zukaedah 1425 @ 6 Disember, anak sulungku hadir.

Namun 2005 bukanlah kegembiraan semata-mata bagiku. Tarikh 28 Zulkaedah 1425 @ 30 Disember aku kehilangan ibu saudaraku.

Moga 2006 lebih membawa kegembiraan padaku, keluargaku dan masyarakat seluruhnya. Insya Allah.