Semalam si kecil itu genap usianya setahun. Sebagai merayakannya kubawa ia naik kereta tolak di depan rumah bersama umminya. He he.. Itu aje yang mampu kuberi setakat ni. Nak bagi hadiah, dia belum mengenal apa ertinya. Nak bagi kentaki pun dia tak reti makan lagi. Sempat le juga ambil gambar 10-11 keping.
Sungguh terasa masa berlalu. Dari kakinya hanya sebesar dua jari aku, kini dia sudah mampu bangun berdiri. Dari heret dada bagaikan askar, merangkak dan kini sudah mampu berdiri. Memanggil-manggil kala aku atau umminya tak nampak di mata. Marah jika keinginannya dihalang. Suka bercerita yang tak tentu isinya, bila lama aku atau umminya tak berjumpa dengannya. Lucu sungguh mengenangkan keletahnya ini..
Kasih... abi cuba jadi ayah yang baik untuk kasih dan suami yang baik untuk ummi kasih.
Perjalanan ini masih jauh, aku harap aku akan lebih bersabar dan petunjukNya sentiasa menjadi pedoman ku.
16 Zulkaedah 1427