Thursday, November 17, 2016

KEMBALI



Gambar Pemandangan Cantik


Come back.


Bertahun berlalu, tak pernah menulis lagi semenjak kelahiran Afnan Hadi. 24 September 2013.

Banyak cerita hidup yang terjadi. Yang paling terkesan, pemergian ayahanda Almarhum Al Ustaz Hj Abu Bakar Chik.

Banyak yang berubah selepas itu.

Yang pastinya, senyum mak tak lagi semanis dan seceria dulu. Di saat ayah masih di sisi.

Anak- anak semakin membesar. Zakwan, tahun hadapan akan menduduki UPSR. Wijdan pula 9 tahun sudah. Begitu juga puteri kecil kami nan seorang, hampir mengjangkau 7 tahun.

Yang kecil dan masih comel, tinggal Afnan seorang. Keletahnya lah yang selalu menghiburkan.

Dan kami.....,

Masih di Pulau Mutiara ini. Kata orang,sudah jadi orang Penang. Wajah anak- anak pun macam penggemar nasi kandar dan pasembor sudah.

Allahu.....

Tiada siapa yang tahu aturan Allah, dan tiada siapa yang tahu sampai bilakah nadi kan terus berdenyut.

Hasbunallah wa ni'mal wakil...

11.05 am, Bilik Guru, SMK Abdullah Munshi