Dua hari lepas adik kasih demam. kesian dia... Matanya yang memang dah sedia kuyu jadi bertambah- tambah layu. simpati saya menengokkan keadaannya yang macam tu. Badannya panas ngandang. Malam2, saya dan hubby jaram kepala dia dengan air. Sebelanga kecil air selalu ada di sisi. dia tak tidur mana. Asyik merengek dan dia tak mahu menyusu dada. Semalam, sewaktu saya letakkan dia di riba, saya meraba- raba gusinya dengan jari tengah. terasa macam bergaram di gusi bahagian bawah. Terus hati saya berbunga riang. "Abang, cuba rasa gusi anak, dia dah tumbuh gigi." Spontan saya memanggil hubby.
Memang rasa cukup bahagia melihat satu demi satu perkembangan dan tumbesaran anak- anak kami. Anak itu mencampakkan seribu satu rasa dalam hati ibu bapanya yang akhirnya tetap menatijahkan bahagia dan damai. Anak- anaklah pelaburan dunia yang menampakkan keuntungannya di kemudian hari andainya anak2 itu dhurriyyatan sholehah.
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhurriyyatina qurratu a'yun wa ja'alna lil muttaqina imama...."
21 Jamadial Awal 1429
Tuesday, May 27, 2008
Wednesday, May 21, 2008
Dah hampir ke penghujung peperiksaan pertengahan tahun kali ni.... kejapnya masa berlalu...esok hari terakhir. dan esok kertas 2 bagi subjek yang yang saya ajar 'Pendidikan Syariah Islamiah'. harapnya pelajar2 saya akan buat revision elok2 malam ni.
Tadi saya ditugaskan untuk mengawasi pelajar2 tingkatan 3 menduduki peperiksaan kertas Matematik Moden 1. Berpinar juga mata saya melihat rajah2 yang pelbagai dalam helaian kertas itu. dan dengan istilah yang bermacam2 yang dah lama saya tinggalkan, dan sengaja saya tak jengah. Dah lama saya pencen dari belajar subjek matematik ni secara khusus. Sejak dari tahun 1997 lagi. saya ingat saya boleh lari sejauh2nya dari subjek yg selalu buat saya nak muntah, senak perut, berpeluh dan pening kepala ini... tapi, saya silap. jangkaan saya tersasar.seingat saya, saya cukup tak minat subjek math ni. kepala saya pening nak menghafal formula2 yang melibatkan nombor2 dan saya macam fobia pada angka2 yang banyak.
Pernah juga sesekali ponteng kelas Math yang pada masa tu diajar oleh Cikgu Mohd bin Mina. Sekarang Cikgu Mohd Mina pun dah tua, anak dia plak yang jadi pelajar saya.
Masa masuk universiti, saya ingat saya takkan jumpa lagi subjek2 melibatkan pengiraan ni...eh, eh...ada lagi rupanya. Waktu tu saya dan rakan pelajar melayu yang lain register madah 'Mirath wa Wasiyyat'. Dek kerana ikutkan sangat kawan- kawan yang nak register subjek tu saya ikut sekali.
Arghh...! Hampir setiap kelas saya longlai kerana berhadapan dengan pengiraan. Kira macammana nak tentukan bahagian2 mereka yang berhak terhadap harta pusaka dan peninggalan si mati. Hmmm... saya pun ingat2 lupa. secara asasnya, bahagian utk anak lelaki 1/2 dan anak perempuan 1/4. Heee... tak payah la tulis pasal ni. malu...! pasal tak pandai dan tak buat muruja'ah.
Yang pasti sekarang... zaman yang berubah turut merubah sistem2 pendidikan yang ada di negara kita. kalau dulu, saya belajar Math dalam Bahasa Melayu. itupun dah pening2 lalat, sekarang, 2 kali pening. Kesian pelajar2 saya... kesian adik2 saya... dan kesian anak2 saya. Saya berharap sangat2, dasar ini akan berubah sikit masa lagi. tak tahu apa pertimbangan orang- orang bijak pandai negara ni, nak sangat mengangkat martabat bahasa inggeris dan meluaskan penggunaannya, sehingga lupa nak memartabatkan bahasa ibunda. sampai anak2 bangsa semakin terpinggir di bumi sendiri. saya tak nampak di mana untungnya untuk anak2 melayu kita,bila subjek Math dan Sains diajar dalam bahasa 'orang bertamadun' ini.
apa2 pun, saya selalu doakan yang baik2 utk pelajar2 saya. moga mereka selalu berjaya. biarpun imtihan yang baru mereka lalui ini hanya penilaian di sisi manusia.., tapi, mereka tetap kena bersungguh, berusaha sehabis daya untuk memastikan kecemerlangan milik mereka. kerana merekalah yang akan terus memartabatkan ad din ini di muka ini... "Al- Islam ya'lu wa la yu'la alaih"
Subscribe to:
Posts (Atom)