Thursday, July 31, 2008

Di Tipu Lagi....



"Axxx tengok apa tu?" tanya saya pada seorang pelajar lelaki ting.5 dan seorang kawannya yg sdg mengadap komputer sambil tersengih2. Pelik bin ajaib jugak saya. Setahu saya bukan mudah2 pelajar boleh gunakan komputer di bilik ict ni. "Nak search emmm... ni...", jawabnya. "Mintak izin siapa?""Ustaz xxxx." Saya menganggukkan kepala dan berlalu dengan ber 'husnu zhon', bahawa pelajar berdua ni nak cari maklumat- maklumat tambahan yang berkaitan dengan subjek mereka. Selepas 20 minit kemudian saya kembali lagi dan memberitahu saya berhajat nak guna komputer tu, saya perasan dia cepat- cepat meng 'off line' kan sesuatu.
Saya jadi penasaran. Saya cuba search balik dan 'klik' semula apa yang dia tengok dgn kawannya tadi. Rasa marah saya mula menerpa. Apa tidaknya, sekali lagi saya ditipu oleh pelajar saya... Ingatkan nak search maklumat berkaitan pelajaran... rupanya bukak frenster. Takla salah besar sgt bukak benda tu.. yang salah besarnya menipu cikgu.
Hmmmm..., masuk kali ni tak tau la dah kali ke berapa saya kena tipu ngan pelajar2. Kat asrama tu tak yah cakap la... memang dah berkali-kali. Tipu kata sakit perut, tipu kata masuk dorm waktu study nak amik buku, tapi sebenarnya balik tidur.. Tipu bila saya buat spot check, diaorg menyorok dalam bilik air dan belakang asrama... Tipu kata nak keluar dengan keluarga tapi keluar dengan pak we... Macam- macam. Dan setiap kali selepas kena tipu, saya cuba berwaspada. Tapi kewaspadaan saya tu menjadikan saya tegas dan agak bengkeng dengan budak2. Saya jadi tak murtah. Dan akhirnya saya kembali seperti asal, mudah kesian kalau pelajar- pelajar saya minta sesuatu.
Suami saya pernah komplen, saya ni lembut sangat ngan budak2. Kalau warden sekolah dia dulu, berkali kali ganda lagi garangnya. Ntah la, nak kata saya ni lembut sangat, rasanya dah garang. Hinggakan saya rasa, saya ni mungkin di labelkan tak memahami jiwa anak- anak remaja. Saya pernah dengar perbicangan yang ke udara dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1, seandainya anak-anak kecil ini kita ibaratkan seperti kain putih, anak yang telah mencapai usia remaja pula adalah ibarat kain putih yang telah dicorakkan. Sama ada corak batik ke, corak bunga ke, daun ke, motif kerawang ke.. apa sajalah. Yang pastinya mereka ini adalah anak yg telah terbentuk dengan acuan penjaga masing- masing.
Itulah yang menjadi kesulitan semua guru saya kira. Lebih- lebih lagi guru yang mahu menerapkan nilai- nilai Islam dan akhlak mahmudah dalam diri pelajar tersebut. Pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang menjadikan proses pentarbiyahan kadang- kadang melalui jalan yang berduri dan dipenuhi kerikil tajam. Saya kira pelajar MTT ini tidak seteruk pelajar sekolah harian biasa. Di sini kalau ada kes pelajar berdating dan merokok, sudah di kira sebagai kes berat. Memang, selain kecemerlangan akademik, hadaf utama falsafah pendidikan di sini adalah untuk melahirkan pelajar yang beraklak mulia.
Memang, amanah sebagai pendidik itu memang berat. Nak memanusiakan manusia, nak mereka jadikan Rasulullah sebagai qudwah dalam apa jua perkara bukan perkara mudan. Dan saya selalu fikir, apakah kerana dosa- dosaku pelajar- pelajar ku terhijab dari menerima ilmu yang aku ajarkan? Ya Allah.., janganlah lah hendaknya. Saya pun bukannya baik, tak terhitung dosa- dosa diri ini bak pepasir di pantai...,tetapi sedang berusaha untuk menjadi baik... Janganlah hijabkan mereka kerana dosa- dosa saya...
Teringat doa Rasulullah s.a.w:
"Allahumma anfa'ni bima allamtani, wa allamani ma yanfa'u ni, warzuqni ilma yanfa'u ni." Ya Allah berikan manfa'at akan apa yang telah engkau ajar kepadaku, ajarkan daku apa yang bermanfaat kepadaku dan kurniakanlah ilmu yg bermanfaat kepadaku...
Ya Allah, berilah tawfiq buat kami dalam mendidik anak- anak ini...

No comments: