Dah lama tak menulis. Nak kata sibuk, memang la sibuk. tapi, semua orang pun sibuk. kalau nak dibandingkan kesibukan saya dengan kesibukan ayah, rasanya kerja2 saya tak sampai 10% pun dari kerja2 ayah. Rasa nak mencontohi ayah.
Sebelum kawin, saya selalu dambakan lelaki yang macam ayah. Bila ditanya oleh mak, lewat zaman remaja saya dulu, saya menjawab saya nak kawin dengan lelaki yang ada karektor yang mcm ayah. pada saya, ayah seorang yang sabar, lemah lembut, penuh tolenransi dan penyayang. pada saya, ayah adalah bapa yang cukup sempurna.
Ramai yang kata, raut wajah saya mirip ayah. Saya masih ingat, seorang teman di UIA pernah menyimpan gambar ayah (yang diguntingnya dari akhbar Harakah), gara- gara senyum ayah disitu macam senyuman saya. Memang kelakar.
Dua malam lepas, saya dan abang dipanggil ayah untuk berbincang tentang suatu perkara secara personal. Hampir sejam perbincangan kami yang berkisar tentang bagaimana nak develop kan lagi MTT ni, dan ayah juga mendengar beberapa idea dari kami (dari abang sebenarnya). Ayah sangat2 cintakan sekolah ini. Sekolah yang diasaskan pada tahun 1977 bersama 6 orang sahabatnya yang lain. Sudah 31 tahun sekolah ini bertapak di bumi Darul Iman ini.Ayah mahu kami suami isteri turut bergerak dan membangunkan sekolah ini, walaupun kami tidak berada di sini secara langsung.
Masih lekat di ingatan saya kata- kata ayah, "Jangan fikir sangat pasal duit. Rezqi Allah itu selalu datang tanpa diduga. Dan memang kita berikhtiar, tapi kena ingat, ikhtiar kita bukan penentu. Ia hanya sedikit sahaja daripada apa yang ditakdirkan oleh Allah untuk kita. Ikhtiar itu hanya sebagai sebab sahaja."
Saya terdiam. Ayah benar. Kadang- kadang, kita mengharapkan apa yang kita dapat adalah buah dari usaha kita 100%. Tanpa kita sedar, kita tidak menyandarkannya kepada qadho' dan qodar Allah sepenuhnya.
Ops, loceng masuk ke kelas dah berbunyi . Nak tulis panjang2, tapi kena berhenti dulu. Hari ni kena buat oral b.i tuk pelaja2 ting 1. Moga diberi kekuatan.
Thursday, October 30, 2008
Tuesday, October 07, 2008
Peristiwa Di Pagi 1 Syawal
Sedang saya enak melayan kantuk di bilik tidur rumah mertua (al maklumlah, malam sebelum raya saya dan suami berjaga hampir jam 2 pagi menyiapkan lauk kurma ayam dan rendang, serta acar timun), terdengar tangisan si anak sulong yang melengking kuat.
Saya terus bangkit dari tidur. Ah, sudah! Dalam kepala sudah berfikir yang bukan2. Apa kenanya si anak ni? Saya terus berlari ke arahnya. Sepupu2nya yang lain sudah mengerumuni. Saya panik. "Kenapa abang?" Dalam kantuk yang masih bersisa penglihatan saya agak kurang jelas. Dia masih menangis dengan esakan yang kuat. "Kenapa abang?" Dengan linangan air mata dan suara yang tenggelam timbul dalam tangisan dia berpaling ke arah saya."Umi..., abang takut lembu..." Terus menangis. "Lembu nak makan abang.." Sebaik saja mendengar suara manjanya, saya terus ketawa. Mak mertua yang tadinya panik turut ketawa. La, suspen sungguh. Ingatkan apanya.., rupanya takutkan lembu yang memang biasa melintas di depan rumah mertua saya!!
Sampai ke petang peristiwa itu di jadikan bahan jenaka oleh pak cik2nya. Hemmm, anakku.. Penakut rupanya..
6 Oktober 2008
6 Syawal 1429H

Subscribe to:
Posts (Atom)