Friday, November 26, 2010
Lorong Kehidupan
Hampir setahun berlalu semenjak aku dipostingkan di SMKKB dan menetap di Bandar Putra. Daripada berempat, keluarga kami bertambah lagi. Kali ini seorang puteri yang memang dinanti hadirnya. Alhamdulillah wa syukr lillah.
Benarlah, laluan kehidupan tidak mudah. Di mana pun kita berada, akan ada kesulitan- kesulitan yang akan kita alami. Sedar ataupun tidak, semuanya merupakan ujian yang menambah kuatkan keyakinan dan pergantungan kita pada Yang Satu.
Kejauhan ini banyak sekali mengajar aku erti hidup. Berdua dengan suami menguruskan anak- anak yang semakin membesar, aduh.., bukan suatu tugas yang mudah. Ini amanah Allah, dan aku mahupun abang harus berperang dengan nafsu untuk bersenang- senang. Wajib mengajarkannya huruf- huruf Al- Quran agar nanti dapat melafazkan kalam Allah, memahami dan menghayatinya. Itu tanggungjawab kami pada anak- anak.
Aku dan abang harus kuat. Kehidupan berumah tangga ini harus dikemudikan sebijak- bijaknya. Laut tak selalunya tenang. Kadang- kadang bergelora, kadang- kadang ada angin kencang membadai.
Yang namanya kehidupan itu, bila ada bermacam- macam rasa. Kalau tak pernah merasa pahit, akan kenalkah kita rasa manis? Tapi, bila bersatu manis dan pahit itu, bukankah terasa sedap juga? Macam air kopi?? Hemmmmm.....
Namun, kesukaran inilah yang menjadikan manusia semakin matang. Kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan. Bertatih sebelum melangkah, dan berjalan sebeluam berlari. Pasti ada rebah bangun dan rebah lagi sebelum benar- benar mahir mengatur langkah. Tak ada yang sempurna melainkan Dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam K.Anis...
sedap lagu ni..fiza suka sangat...
Akak...betul cakap akak..ke mana pun kita berhijrah cabaran pasti berbeza-beza...itulah warna-warna yang terus melakar peta kehidupan kita...
akak...fiza dah balik berkhidmat di nunnn utara malaysia...akak pula nunnn jauh di selatan.. apa pun fiza doakan kesejahteraan & kebahagiaan yang berpanjangan dan selalu....
salam syg...
fiza
mashaAllah..perkongsian hebat dari hamba yang luar biasa disisiInya inshaAllah...nice sharing~ salam ziarah(^_^)
fiezarmy: tahniah, tentu lebih dekat dengan keluarga yg berada di utara juga. berhijrah ke tempat baru ni, fieza kena byk bersabar, berdoa dan harus lebih cekal. tapi, hijrah itu baik. imam shafie pernah menyebut dalam syairnya... org yg berada di satu tempat sahaja, ibarat air yg tidak mengalir.
selamat menjalankan tugas.
asrulhadi: syukran 'alaz ziarah. :)selagi kita hidup, selama itulah kita akan terus belajar.banyak lemah dan taqsirnya kita yg bernama manusia.
Post a Comment