Minumnya juga semakin banyak. Kerap sekali berjaga malam untuk menyusu. Namun, sangat jarang sekali tangisannya terdengar di tengah pekat malam. Sekadar rengekan kecil, kemudian dia akan lena kembali setelah kenyang.
Setiap pagi aku akan ternanti- nanti senyuman dari bibir kecil. Terukir sahaja di ulas bibirnya, hariku terasa seakan amat ceria dan bermakna.
Keletahnya amat menghiburkan ku, abinya dan dua abangnya. Suaranya yang kecil, lembut dan manja memang sentiasa menceriakan kami. Tapi, kuat juga menangis kalau tak nampak kelibat umi di matanya, sehingga membuatkan abinya tak tentu arah dan hilang punca.
Syukur ya Allah...atas anugerah ini buat kami. Moga dia membesar menjadi qurratu ain kami dan hamba yang cinta padaMu.
Buah hati kami
6 comments:
Assalamualaikum kak anis,
Bleh tengok anak kak anis dari blog je. Dah besar Nuha. Persis kak Anis^_*
Salam
Abg, Wijdan nmpk makin nakal
Seronok tgk Nuha dh pndi meniarap.
Waahh.. da besar ! ai, tiga2 botak ni..<3 comel3
nampak gaya kasut untuk nuha tak leh bagi la, confirm tak muat dah.. mok ma kena beli hadiah lain :).. kunun nk gi tgk bb dr hari raya lagi, sampai raya kurban pun tak sampai2.. minta maaf sahabat, tidak berkesempatan.. moga2 raya cina ni pass :P
~kayzem
cak!!!! ulya cayang...ni kak dAYAH ni9... tgk cni..huhu...subhanALLAH ustazah, tomey9....
RINDU kat sumer, special rindu kat Nuha.. hehe, jgn jeles ye ustazah ^_^
haha,
Post a Comment