Tak dapat diingat, sejak bila ia berada di situ.
Seingat aku, semenjak aku pandai masuk ke dapur, mencuba menu itu ini mengikut kemampuan sendiri dan bahan- bahan yang sedia ada dalam peti ais, 'dia' lah yang aku gunakan. Bergilir- gilir dengan yang satu lagi, lebih kecil dari 'dia'.
Bila mak memberi arahan, mahu beberapa ulas bawang merah dan 2,3 ulas bawang putih dengan sedikit belacan mentah, atau segenggam ikan bilis, sebagai perencah nasi goreng, maka khidmatnya lah yang akan ku cari.
Atau, hari itu semua mahukan menu laksa putih kuah santan, resepi asli orang Terengganu, dia juga lah akan membantu melumatkan ikan rebus dan bawang merah dengan sedikit lada hitam.
Sungguh.
Dia banyak berjasa. Sudah berpuluh tahun.
Baru- baru ini, kala membantu mak di dapur sewaktu pulang bercuti di Terengganu, dia menyapa lagi dalam diam, menggamit rindu pada cerita dulu. Dia msih 'anggun' seperti dulu. Cantik tak terjejas.
Lalu bila Kak Seri membangkitkan,
"Bagus sekali ya buatan lesung batu yang ini, besar, dan senang sekali melumatkan bawang lada. Seri ngak pernah jumpa yang seperti ini di tempat lain."
Emak mula mengirai detik 'dia', si lesung batu mula mendiami dapur rumah kami.
"Sudah lama Seri. Sejak Atirah berusia 3 tahun lagi. Katanya, kalau ibu meninggal, lesung batu ini ingin diwarisinya."
Aku ketawa lantas menyambung,
"Ye, emak beli di Thailand waktu berziarah ke sana."
Adik perempuan kami itu sudah 24 tahun kini. Bererti sudah lebih 20 tahun, 'dia' si lesung batu menabur bakti di rumah kami.
Lesung batu.
Pengikat hati antara ibu dan anak, yang kian bertaut dengan peredaran masa.
Mak guru nombor satu aku di dapur. Berguru dengan mak di dapur tidak semudah yang di sangka. Mak sangat- sangat teliti orangnya. Dari mengupas bawang, hinggalah menjaga api dapur tika meneggekkan periuk gulai, agar santan tidak pecah.
Namun, itulah yang membentuk aku di dapur rumah sendiri hari ini. Menyediakan juadah buat yang tersayang, suami dan anak- anak.
Cerita si lesung batu. Coretan kenangan yang sangat- sangat berbekas di hati. Seakan- seakan masih terasa di pipi, air mata yang tumpah kerana si lesung batu.
Bukan kerana percikan air bawang sewaktu ditumbuk, tetapi dimarah emak kerana terlebih kunyit sewaktu sewaktu membuat perencah ikan goreng!
Melihat lesung batu di dapur sendiri, menggamit kerinduan pada emak yang jauh.
Rindu sekali rasanya ingin membantu emak di dapur seperti hari- hari semalam. Menyediakan apa- apa juadah yang mak inginkan mengikut resipi emak. Seakan- akan terngiang- ngiang di telinga setiap teguran dan tunjuk ajar emak.
Emak,
Seandainya perkara itu diulangi lagi, aku tak mahu menangis lagi. Aku takkan menyanggah cakap- cakap emak. Mahu kurang garam atau kurang pedas, aku akan turuti sukatan emak. Biar mak berselera menjamah makanan. Seperti waktu- waktu dulu.
Terasa perit di tekak, sewaktu emak menceritakan kesunyiannya melalui rutin hidupnya yang cuma bersama ayah kini. Kata mak, kadang- kadang mak hampir tiada selera langsung menjamah makanan.
Bahkan lesung batu yang tertiarap di atas kabinet dapur juga, kadang- kadang dalam seminggu, langsung tidak disentuh.
"Tinggal mak dan ayah saja. Mak memasak ala kadar cukuplah."
Begitu mak berkisah tatkala pulang ke kampung bersama anak- anak.

Kehidupan silih berganti. Hari ini, aku memainkan peranan emak di dapur. Memenuhi selera anak- anak yang sedang membesar. Terasa beruntung sangat berpeluang belajar ilmu 'kedapuran' warisan emak. Bahkan ada lauk pauk istimewa emak, seperti ayam masak merah resipi emak, dapat aku sediakan dengan baik (kata suamiku), sehingga suami dan anak- anak meminta nasi tambah.
Aku, emak dan lesung batu.
Kisah dari masa lalu yang mendidik seorang aku menjadi dewasa.
No comments:
Post a Comment