Tuesday, January 29, 2019

Beranak Kecil

5 tahun berlalu semenjak kelahiran afnan. Kehadiran si kecil,orang baru dalam keluarga kami ternyata mengujakan.Ia bukan sekadar menambah bilangan ahli keluarga,bahkan hadir turut sama membawa warna- warna ceria dan bahagia.
Namun,ada sesuatu yang amat ketara berbeza. Beranak kecil ketika awal usia 30 an nyata berbeza dengan usia sekarang. Dulu bangun dan berjaga malam menyusukan anak sambil duduk bersila di katil bukan satu masalah. Masih berdaya bangkit di awal pagi dengan bertenaga,berupaya mengejutkan semua orang dalam rumah tu dengan suara dan wajah ceria.Bahkan rasa seronok mendengar tangisan kecil menghiasi pagi yang gelap.
 Waktu itu berlalu cukup pantas. Bersama Itqan,saya merasa sangat lesu. Bila bangun malam menyusukannya,habis sakit- sakit seluruh badan.Paling ketara di bahagian belakang. Sejak terkena muscle spasm yang teruk 2 tahun lepas,seakan2 masih berbekas kesakitan di tempat yang sama. 
Awal2 dulu,kadang- kadang bila mahu berkongsi mendodoi Itqan,room mate saya rupanya tertidur di ruang depan dengan laptop yang terbuka.Rasa belas juga melihat dia begitu dengan beban kerja yang semakin berat. Tapi hati kecil terusik juga,nak juga berkongsi menjaga anak anak malam2 bersama2 macam waktu dulu-dulu.
 Lalu lidah yang tidak bertulang meluahkan apa yang ada di hati.Allah yang Maha memiliki hati,mengurniakan hati yang lembut padanya buat seorang isteri.Si dia cepat mengerti. Lalu dalam kekalutannya menyelesaikan kerjanya di rumah,dia mengambil alih Itqan ketika saya tidak mampu.
 Teringat kata pepatah Arab yang sering disebut-sebut ketika belajar dulu "Al waajibat aktharu minal awqaat " Kewajipan lebih banyak dari waktu yang ada. Sangat-sangat terasa sekarang kebenaran tersebut.Tak terbayang macam manalah nanti nak mengurus anak2 dan rumah tangga bila dah mula bekerja.Terasa- rasa macam nak menyambung cuti. Tapi,kenalah ukur baju di badan sendiri sebelum buat apa-apa keputusan.

 Hasbunallah wa nikmal wakil,wa nikmal mawla wa nikman nasir

 # tak boleh nak upload lagi gambar Jihad Itqan. Ummi ni la tak mesra teknologi sungguh la... Tak reti2 nak upload gambar dari phone

1 comment:

Kayzem said...

Tahniah Anis.

Rasa benda sama.40-an dah tak sama seperti 30-an :).

Nanti ada rezeki, nk jumpa Itqan.