Monday, September 08, 2008

Konvo Di UIA


23 Ogos lepas, saya menghadiri majlis konvokesyen di UIA. Alhamdulillah, setinggi syukur buat yang Maha Memberi atas segala taufiq yang diberikan... Saya dan sahabat2 berhasil memperolehi ijazah sarjana dalam bidang masing- masing. Buat kawan- kawan yang sama- sama di kuliyyah IRK khususnya, dan kuliyyah lain amnya, Alfun Mabruk buat kalian.


Maaf tak sempat nak bersembang lama- lama pada hari tu... Tambah- tambah majlis konvo habis lewat, dan saya masih belum menjamakkan solat. Nak berfoto pun tak sempat. Hujan yang turun cukup untuk membuatkan bumi UIA kebasahan tika itu. Saya cuma sempat snap beberapa keping gambar bersama suami tersayang, Kauthar yang datang jauh dari Nilai, "just want to meet you" katanya. Syukran jazilan kathira Kauthar. Buat deqma (al-bazrah), suka sangat2 dapat jambangan bunga tu. Walaupun dah kering sekarang, tapi masih saya simpan dan belai.

Buat suamiku... Terima kasih atas segala pengorbanan abang. Tak dapat bunga pun tak pelah, abang dah belanja dekat NR Cafe, itu pun dah lebih dari cukup. (Siapa2 yang dok kat Terengganu boleh la try berkunjung ke sana. Air laici kang dia sedap sangat. Penuh sarat dengan agar2, buah laici dan macama- macam lagi.Sekali rasa, teringat sokmo).

Tapi, yang paling tak dapat saya lupa, dan mungkin takkan saya lupakan sampai bila2, saya tersesat dalam bandar KL, dan hampir- hampir tak dapat nak menghadiri konvo. Konvokesyen sepatutnya bermula jam 2.30, tapi waktu tu saya dan suami tengah berpusing- pusing cari jalan nak ke UIA. Kemudian terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Saya dah menangis sungguh2ti (bahasa Terengganu, kependekan dari sungguh2 hati). Alhamdulillah, agaknya berkat doa mak ayah, kawan-kawan, kami sampi di UIA dekat jam 3. Saya berlari- lari sambil memakai robe. Dah lambat mcm tu, tak de lagi lah nak lawa2nya. Berpeluh2.

Kata mak, orang lain ceria je pakai robe, senyum2 sambil berjalan masuk. Kata ayah, bila Anis bagitau lambat, ayah terus naik ke masjid buat solat hajat. Semua keluarga susah hati hari tu disebabkan keterlewatan saya. Kesian anak- anak...Tak dapat nak bergambar dengar uminya di UIA.

Ala kulli hal, terima kasih buat semua... dan tahniah buat KAK ROSE ARNIZA, ZAITON, NUR HANANI, YUSRAN HADI, TIRMIZI MUTTAQI (tak datang konvo ke hari tu? ke mana menghilang?), KAK SITI SURAIDA (pun tak de juga..). Teringat pulak zaman2 dok kat UIA... Moga masih ada kesempatan untuk bertemu lagi.


8 Ramadhan 1429

2 comments:

alQasam said...

Salam

Kak Anis..mabruk!^^

Tak sangka kak anis pun ada blog..Kalau tahu dah lama saya datang ziarah.

Salam sayang

MOHAMAD AKMAL said...

seronk baca cerita life kt uia ni