Malam tadi, buat kesekian kalinya saya berjaya berterawih di masjid MTT dengan membawa dua orang budak kecik yang 'buas- buas'. Dah acapkali juga saya terpaksa kanselkan niat saya nak berjemaah, kerana si comel- comel ni yang macam- macam. Ataupun, saya dah pergi pun ke masjid/ musolla, tapi terpaksa balik, sebab anak- anak ni bising dan asyik menangis.
Rindu rasanya pada ketenteraman terawih zaman- zaman bujang dulu...
Bukannya sausana masjid MTT yang belum sempurna siapnya tu tak tenteram, tapi situasi saya... Dengan anak kecil yang baru pandai bertatih duk berlillit di kaki waktu ruku', kadang2 meletakkan kepalanya ke belakang saya waktu sujud, dan datang ke riba waktu duduk. Dan biasanya kalau dah jumpa regu dengan abangnya, memang dua2nya takkan diam. berlari ke sana ke mari, ketawa, dan kadang- kadang pecah juga tangisan yang kuat yang memeranjatkan saya dan makmun lain, sebab terhantuk pada tiang!
Tak apalah... inilah putaran hidup yang mesti di lalui oleh manusia yg hidup. saya redha dan syukur. dikurniakan anak- anak yg cukup2 aktif (kawan-kawan yang tengok selalu cakap, anak anis ni mcm bijak. Ameen..., moga jadi doalah hendaknya). Cuma terkadang terkenang waktu dulu.
Kata ayah, tak pe lah Nis... Dr. Yusof Qordhawi pun kata, kalau solat terawih tak perlu bawak anak2 sebab tempohnya panjang berlainan dgn soalt fardhu. Takut nanti dia mengganggu kekhusyukan makmun lain. Hemmmm, alahai...
No comments:
Post a Comment