Masih ramai yang menyayangi aku. Yang pasti, dan takkan mati, sayang Yang Maha Penyayang, cinta Sang Pencipta.
Terima kasih sahabat- sahabat ku. Saat aku sedih dan rasa lemah, sahabat- sahabat hadir memberi semangat. Walau tidak secara direct ataupun face to face, namun cukup untuk membuatkan ku rasa dihargai.
Biar dipinggir oleh satu pihak, Allah maha pengasih tak pernah mengurangkan orang- orang yang menyayangi aku. Allah yang maha penyayang sungguh sayangkan aku, dikurniakan aku suami yang baik, tak pernah membiarkan aku sendiri menghadapi hari- hari getir dalam hidupku.
Terima kasih sahabat- sahabatku, albazrah. Dari dulu lagi dirimu bagaikan mentari. Sentiasa mengeringkan pedih dan sedih di hati sesiapa yang berteman denganmu. Sentiasa menyinari hari- hari sahabatmu, dengan butiran katamu yang sungguh bermakna. Benar kata Dr. Abulaith, beruntung sesiapa yang memilikimu kerana dirimu memang penyayang.
Sahabat dan adikkku alqasam, terima kasih, menyedarkan aku bahawa aku ada sesuatu, biar aku tak putus bersyukur walau impian belum lagi kesampaian.alqasam boleh terus mencuba. Tak de sebab2 politik mereka nak tolak alqasam. And you're very qualified.
Apa yang terjadi padaku, hanya semata- mata ada nama ayah dihujung namaku, aku diperli- perli semasa diinterview. Dan dengan qorinah- qorinah yang ada,dari awal seharusnya aku boleh meneka apa keputusan mereka.
Dan buat kayzem, benar...Allah hanya menguji pada yang mampu. Jazakillah. Aku senang berteman denganmu.
Allah tidak hanya memberi pada saat kita berdoa, boleh jadi ia datang pada saat yang kita tak sangka- sangka.Yang penting, kita tidak boleh berhenti berdoa. Kerana doa itu 'silahul mukmin'.
Mungkin aku tak sekental Rasulullah. Sentiasa sabar pada tohmah dan caci, saat susah dan senang.
Menyelusuri sirah Rasulullah dalam perang Ahzab, alangkah kerdilnya rasa diri ini. Tidak hanya pada ikhtiar secara perbuatan zahir, iaitu dengan menggali khandaq (parit), dan menggunakan taktik tipu helah peperangan, bahkan Rasulullah tak pernah putus berdoa dan solat hajat sepanjang 10 hari dikepung oleh pakatan tentera musyrikin dan yahudi.
Rasulullah kekasih Allah, yang sudah pasti musuhnya adalah musuh Allah, masih juga sungguh2 berdoa diberi kekuatan dan kemenangan.
Itu Rasulullah, yang berdoa hingga terlungsur rida' di bahunya, apalagi kita hanya hamba yang biasa, takkan nak rasa luar biasa dengan doa dan solat hajat yang tak pernah konsisten, solat dhuha yang jarang- jarang, ikut dan je, tak wajarnya merasa bahawa Allah dah tak sayang. Sayang Allah itu maha luas. Lebih luas dari langit dan lautan. Kesusahan yang datang mungkin ujian, mungkin kafarah.. Harus lebih sabar dan lebih kental lagi. Bukankah ujian Allah itu mengangkat darjat hamba di sisiNya?
"Rabbana dhalamna anfusana, wa illam taghfir lana, wa tarhamna, lanakunanna minal khosirin..."
14 Dzulkaedah 1429 H
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 04, 2008
K.E.C.E.W.A
Hari ini menjadi hari yang paling menyedihkan buat diriku. Dah lama tak menangis seperti ini, semenjak jadi umi pada 2 anak. Setiap hari mandengar tangisan anak- anak, bagaikan melodi yang merdu buat jiwaku.
Rupa- rupanya tangisan sendiri tak kan jadi simfoni yang mendamaikan buat diri sendiri.
Meratapi harapan yang punah, hancur luluh jiwa ini. Sungguh, dari dulu lagi aku berdoa, moga diberikan hati yang cukup cekal menghadapi apa jua keputusan yang sudah tertulis. Tapi saat berdepan dengan segalanya, aku jadi tewas. Empangan air mata tetap pecah. Menangislah aku tika mendengarnya, mengetahuinya.
Berbulan- bulan aku menanti, penuh debar apa yang bakal diputuskan. Apakah apa yang aku cita- citakan lewat musim graduasi ku di Jordan dan UIA dulu akan menjadi kenyataan. Setiap hari aku mengharap, dan tak lupa memanjatkan doa.... namun takdirMu ya Allah, mengatasi segala perancangan hamba. Apakah aku tidak cukup layak? Apakah aku tidak cukup berdoa? Atau di sana ada diskrimanasi sebagaimana yang pernah terjadi pada diriku tahun sudah? Oh, Terengganu ku.... aku benar- benar kecewa andai benar aku telah di 'anak tirikan'.
Aku sedar: "KITA MERANCANG, ALLAH JUA MERANCANG, NAMUN PERANCANGAN ALLAH LAH YANG LEBIH TEPAT"
Aku pasrah ya Allah. Sebagai mukmin, aku harus redha dengan qadho' dan qadar yang telah tertulis. Segalanya telah tersedia dalam ilmu Allah dari sejak azali lagi. Cuma pengetahuan hamba yang cukup terbatas tidak memungkinkan hamba mengetahui segala- galanya.
Segalanya telah tertulis, di saat rohku ditiupkan dan dicampakkan ke rahim ibuku. Rezki ku, ajalku, bahagia atau celakakah aku. Allah! Berikan aku kekuatan.
Sabar dan syukur. Itu tanda mukmin bertaqwa.
Namun, aku jua manusia biasa ya Allah, yang berhak merasa sedih dan kecewa. Salahkah aku menangisi kegagalanku? Dan itulah aku saat ini.
"Maaf, nama anda tidak tersenarai...". Sehingga saat ini hanya kata- kata itu yang terngiang2 ditelingaku. Bagaikan kaset yang yang diputar berulang- ulang.
Tuhan, tolonglah aku...
Tuhan, pimpinlah aku...
Tuhan, bangkitkan aku dari kedukaan ini...
Tuhan, tiada daya dan kudratku tanpa pimpinanMu...
Tiadalah bahagiaku tanpa redhaMU...
Ayat 216 Surah Al- Baqarah kembali ku ulang baca mencari kekuatan.
(maksudnya)"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Abang, terima kasih, kembali mengingatkan aku bahawa Dia itu Maha Penyayang, Maha Pemurah dan tak pernah kedekut terhadap hamba- hambaNya.
Mendongak ke langit. Yang terlihat di mata warna biru putih berseri. Cerah dan mendamaikan. Seolah tak pernah hadir mendung di situ. Sedang malam tadi, hujan lebat turun membawa ke subuh. Esok, belum tahu, cerah atau mendung. Lusa, tulat apatah lagi. Hamba hanya boleh meramal. Tapi, segala ketentuan adalah di tangan Mu ya Allah.
Saat ini, hati ini benar- benar gerimis. Benar- benar kecewa, benar- benar terluka...
Menangislah diriku. Nanti, bangkitlah dan hilangkanlah kecewa yang bersarang. Esok, biarlah kering segalanya, sekering tanah di musim kemarau.
Biar, kalau memang benar didiskriminasi, biar dipinggirkan, diriku takkan lemah dan merayu. Bumi Allah ini luas. Rezki itu bukan di tangan hamba. Khazanah rezqi yang berada di langit dan bumi ini adalah milik mutlak Allah.
Aku harus kembali yakin, yakin dan bertambah yakin bahawa Allah selalu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan Allah akan sentiasa berikan apa yang terbaik buatku. Allah mentaqdirkan yang terbaik buat hambaNya yang beriman, dan jadikan lah aku di kalangan hamba- hambaMu yang beriman.
"Allahummaj'alni min 'ibadikassolihin..."
Aku ingin terbang jauh dari kesedihan ini. Bebas bagai pepatung yang ku lihat bersama anak di tepi rumah tok kelmarin, di tanah lembap yang tumbuh di situ kangkung- kangkung yang subur. Aku ingin terbang bagai pepatung itu, melayang bebas, mengepakkan sayap nipisnya, Biar kecil namun tampak riang dan bebas.
5 Zulkaeddah 1429

Subscribe to:
Posts (Atom)