Wednesday, November 12, 2008

Kental

Masih ramai yang menyayangi aku. Yang pasti, dan takkan mati, sayang Yang Maha Penyayang, cinta Sang Pencipta.

Terima kasih sahabat- sahabat ku. Saat aku sedih dan rasa lemah, sahabat- sahabat hadir memberi semangat. Walau tidak secara direct ataupun face to face, namun cukup untuk membuatkan ku rasa dihargai.

Biar dipinggir oleh satu pihak, Allah maha pengasih tak pernah mengurangkan orang- orang yang menyayangi aku. Allah yang maha penyayang sungguh sayangkan aku, dikurniakan aku suami yang baik, tak pernah membiarkan aku sendiri menghadapi hari- hari getir dalam hidupku.

Terima kasih sahabat- sahabatku, albazrah. Dari dulu lagi dirimu bagaikan mentari. Sentiasa mengeringkan pedih dan sedih di hati sesiapa yang berteman denganmu. Sentiasa menyinari hari- hari sahabatmu, dengan butiran katamu yang sungguh bermakna. Benar kata Dr. Abulaith, beruntung sesiapa yang memilikimu kerana dirimu memang penyayang.

Sahabat dan adikkku alqasam, terima kasih, menyedarkan aku bahawa aku ada sesuatu, biar aku tak putus bersyukur walau impian belum lagi kesampaian.alqasam boleh terus mencuba. Tak de sebab2 politik mereka nak tolak alqasam. And you're very qualified.

Apa yang terjadi padaku, hanya semata- mata ada nama ayah dihujung namaku, aku diperli- perli semasa diinterview. Dan dengan qorinah- qorinah yang ada,dari awal seharusnya aku boleh meneka apa keputusan mereka.

Dan buat kayzem, benar...Allah hanya menguji pada yang mampu. Jazakillah. Aku senang berteman denganmu.

Allah tidak hanya memberi pada saat kita berdoa, boleh jadi ia datang pada saat yang kita tak sangka- sangka.Yang penting, kita tidak boleh berhenti berdoa. Kerana doa itu 'silahul mukmin'.

Mungkin aku tak sekental Rasulullah. Sentiasa sabar pada tohmah dan caci, saat susah dan senang.

Menyelusuri sirah Rasulullah dalam perang Ahzab, alangkah kerdilnya rasa diri ini. Tidak hanya pada ikhtiar secara perbuatan zahir, iaitu dengan menggali khandaq (parit), dan menggunakan taktik tipu helah peperangan, bahkan Rasulullah tak pernah putus berdoa dan solat hajat sepanjang 10 hari dikepung oleh pakatan tentera musyrikin dan yahudi.

Rasulullah kekasih Allah, yang sudah pasti musuhnya adalah musuh Allah, masih juga sungguh2 berdoa diberi kekuatan dan kemenangan.

Itu Rasulullah, yang berdoa hingga terlungsur rida' di bahunya, apalagi kita hanya hamba yang biasa, takkan nak rasa luar biasa dengan doa dan solat hajat yang tak pernah konsisten, solat dhuha yang jarang- jarang, ikut dan je, tak wajarnya merasa bahawa Allah dah tak sayang. Sayang Allah itu maha luas. Lebih luas dari langit dan lautan. Kesusahan yang datang mungkin ujian, mungkin kafarah.. Harus lebih sabar dan lebih kental lagi. Bukankah ujian Allah itu mengangkat darjat hamba di sisiNya?

"Rabbana dhalamna anfusana, wa illam taghfir lana, wa tarhamna, lanakunanna minal khosirin..."

14 Dzulkaedah 1429 H

No comments: